Risiko Penggunaan Wifi Percuma 

Last updated 2 April 2024

Wireless Fidelity ataupun dipanggil sebagai Wifi merupakan suatu piawai rangkaian setempat tanpa wayar yang mana ianya memudahkan orang ramai bagi menguruskan aktiviti-aktiviti di dalam talian. Wi-Fi awam atau Wi-pula merupakan rangkaian internet tanpa wayar yang boleh diakses tanpa kata laluan dan juga boleh digunakan tanpa had.

Pastinya ramai yang sukakan wifi percuma terutama sekali apabila data internet sudah kehabisan dan ianya mudah didapati di kawasan awam seperti di pusat membeli belah, kafe, restoran dan banyak lagi tempat. Tetapi adakah anda mengetahui dan menyedari bahawa wifi percuma ini akan mendatangkan risiko kepada anda?

Risiko penggunaan Wifi percuma 

  1. Man-in the-middle (MITM)

Man-in-the middle adalah seorang penggodam di mana mereka akan meletakkan diri mereka di antara mangsa dan laman web yang mangsa buka serta mereka akan memintas dan memanipulasi komunikasi apabila tiba masanya.

Sebagai contoh, penggodam ini akan memintas data mangsa dengan menyediakan perangkap hotspot Wi-Fi yang tidak mempunyai kata laluan serta mereka akan menamakan sambungan ini dengan jenama kafe atau pusat membeli belah yang berdekatan dengan mangsa. Apabila mangsa telah berada di dalam talian, kesemua data mangsa yang melalui hotspot penggodam telahpun terdedah sepenuhnya. 

2. Jangkitan Malware

Malware merupakan suatu perisian hasad yang direka khusus untuk menyasarkan peranti mudah alih, seperti telefon pintar dan tablet. Jangkitan malware ini disebarkan melalui kelajuan yang cepat iaitu dari satu rangkaian wifi kepada yang lain disebabkan penggunaan wifi yang tinggi. Sekiranya penggodam telah dapat mengakses data mangsa, kata laluan akaun bank akan dicuri, maklumat peribadi ditangkap, data telefon dipadamkan, telefon dipaksa untuk menghantar mesej ke nombor premium malah telefon mangsa juga boleh digunakan oleh pemilik bonet untuk melancarkan serangan ke atas sasaran digital.

Langkah keselamatan

  1.  Virtual Private Network (VPN)

VPN merupakan suatu jaringan yang dapat membantu pengguna melayari internet dengan selamat. VPN merupakan suatu jaringan privasi melalui jaringan internet dengan menggunakan tunnel (terowongan) dimana ianya berfungsi untuk menghalang hacker ataupun perisik kerajaan daripada mengakses maklumat peribadi kita. Kelebihan VPN adalah untuk melindungi data peribadi, menyembunyikan aktiviti browsing dari pengguna lain, dapat mengakses laman web yang disekat, mematikan penjejak laman sesawang (web trackers) dan iklan-iklan yang keluar pada skrin tanpa henti.

2. Perisian Antivirus

Perisian ini dapat melindungi anda ketika menggunakan Wi-fi awam dengan mengesan perisian hasad seperti virus, cacing komputer, perisian intip, adware dan lain-lain yang mana ianya berupaya untuk menyerang peranti anda melalui rangkaian awam. Malah melalui perisian ini, ianya dapat mengesan dan menjukkan sebarang virus atau aktiviti yang mencurigakan semasa menggunakan rangkaian awam tersebut. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita haruslah mengelakkan diri daripada menggunakan wifi awam percuma yang tidak mempunyai kata laluan kerana ianya berkemungkinan besar adalah hotspot wifi hacker. Sekiranya anda ingin menggunakan wifi percuma bagi tujuan transaksi wang, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakannya kerana data peribadi anda seperti username dan kata laluan bank boleh dicuri oleh mereka. Oleh itu, kita haruslah memandang serius tentang penggunaan wifi awam percuma, bak kata peribahasa Melayu ‘disangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan’ yang bermaksud mendapat bahaya kerana memandang ringan akan perkara (bahaya) kecil. 

Artikel ini disediakan oleh Pinjaman Koperasi – platform pinjaman bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Kami boleh bantu anda cari dan mohon pinjaman yang paling sesuai untuk anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.69% setahun dan Kelulusan secepat 2 hari bekerja.

Share

Digital marketer, and Bachelor's Mass Communication graduated from University. She loves to watch news, sharp eye for detail, and ability to work in a fast pace environment.

Tinggalkan Pesanan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teruskan Baca

Isi e-Filing LHDN My Tax 2023

Adakah Anda Perlu Bayar Cukai Pendapatan? Setiap bulan pastinya anda akan menerima …

Risiko Penggunaan Wifi Percuma 

Wireless Fidelity ataupun dipanggil sebagai Wifi merupakan suatu piawai rangkaian setempat tanpa …

Iklan Benar Atau Palsu

Apa itu Iklan Palsu? Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Iklan adalah sebuah …