Isi e-Filing LHDN My Tax 2023

Last updated 17 January 2024

Adakah Anda Perlu Bayar Cukai Pendapatan?

Setiap bulan pastinya anda akan menerima slip gaji sekiranya sudah bekerja. Jika gaji bulanan anda lebih kurang RM2,833.33 (atau lebih daripada RM34,000 setahun) selepas potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda perlu membayar cukai. 

Jika anda bekerja secara bebas atau freelancer yang menerima pendapatan dari syarikat Malaysia ataupun mempunyai perniagaan sendiri, anda juga perlu membayar cukai jika pendapatan anda mencecah RM34,000 setahun. Ada juga beberapa syarikat yang membuat potongan cukai daripada gaji anda.

Harap maklum, pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Jadual menunjukkan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran.

JENIS TAKSIRANPENDAPATAN
TAHUNAN (RM)
PENDAPATAN
BULANAN (RM)
Diri Sendiri
(Bujang/Janda/Balu/Duda/Pasangan
tiada punca pendapatan)
37,3333,111
Berasingan
1. Berkahwin + 0 Anak37,3333,111
2. Berkahwin + 1 Anak
3. Berkahwin + 2 Anak41,3333,444
Bersama
1. Berkahwin + 0 Anak48,0004,000
2. Berkahwin + 1 Anak50,0004,167
3. Berkahwin + 2 Anak52,0004,333

Nota:

  • Jumlah pelepasan individu dan saudara tanggungan adalah RM9,000
  • Jumlah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun adalah RM2,000 bagi seorang anak
  • Jumlah kelayakan rebat (diri sendiri dan suami / isteri) terhad kepada pendapatan bercukai individu sehingga RM35,000

Bila Boleh Isi e-Filing 2023?

Borang e-Filing untuk tahun taksiran 2023 akan dibuka bermula 1 Mac 2024. Sila pastikan anda sudah mempunyai akaun MyTax LHDN bagi memudahkan proses mengisi e-Filing.

Pekerja: Hantar borang BE sebelum atau pada 30 April

Majikan / Bekerja sendiri: Hantar borang B sebelum atau pada 30 Jun

*Ingatkan simpan resit dan invois anda dengan baik untuk kegunaan pembayaran cukai

Cara Daftar Cukai MyTax LHDN e-Filing

Jika anda 1st time membuat pembayaran cukai, sebelum anda menggunakan e-Filing anda kena dapatkan nombor cukai pendapatan.

Langkah 1: Dapatkan nombor cukai pendapatan

Ada 2 kaedah untuk dapatkan nombor cukai pendapatan, melalui online (e-Daftar) atau secara manual dengan isi borang di kaunter cawangan LHDN.

a. Online (e-Daftar) https://mytax.hasil.gov.my/ > tekan e-Daftar, dan isi maklumat

b. Isi Borang Di Cawangan LHDN

Anda kena dapatkan nombor cukai pendapatan secara manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan. Dokumen-dokumen yang diperlukan:

  • Borang CP600 (boleh dimuat turun daripada Borang > Muat Turun > Pendaftaran)
  • Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau pasport)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
  • Penyata pendapatan/slip gaji

Langkah 2: Dapatkan no pin MyTax LHDN

Jika anda sudah dapat nombor cukai pendapatan, anda perlu dapatkan no PIN untuk mengaktifkan akaun di portal MyTax LHDN.

Cara Log Masuk di MyTax (Pengguna Berdaftar Tapi Tiada Sijil Digital)

e-CP55D – Borang permohonan no pin bagi log masuk kali pertama secara online

  1. Klik butang e-CP55D dan anda akan terus ke halaman pengesahan maklumat
  2. Klik butang YA, pastikan maklumat e-mel yang berdaftar adalah betul
  3. Kik butang TIDAK, jika maklumat e-mel adalah salah
  4. Makluman Pendaftaran Berjaya akan dipaparkan apabila pengguna berjaya log masuk kali pertama
  5. Pautan pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang berdaftar dengan LHDN
  6. Bagi mengaktifkan Sijil Digital, pengguna perlu klik pautan (URL Pengaktifan) yang dihantar melalui e-mel
  7. Tempoh sah pautan selama 2 hari sahaja bermula tarikh e-mel diterima

Langkah 3: Daftar Sijil Digital MyTax 

  1. No pin akan dipaparkan
  2. Pilih jenis pengenalan
  3. Klik butang Hantar
  4. Pengesahan maklumat asas akan dipaparkan
  5. Pastikan semua maklumat betul, dan cipta kata laluan anda
  6. Cipta frasa keselamatan
  7. Klik Setuju, dan Hantar
  8. Sekiranya terdapat perubahan, klik Semula
  9. Sistem akan memaparkan maklumat status Berjaya bagi penjanaan sijil digital yang didaftarkan
  10. Seterusnya, klik OK
  11. Selepas itu anda boleh log masuk ke portal MyTax

Selepas klik pada pautan yang dihantar ke e-mel, anda boleh teruskan proses untuk daftar sijil digital.

Langkah 4: Log Masuk di MyTax (Pengguna Berdaftar Yang Ada Sijil Digital)

  1. Sila pilih jenis pengenalan (No Kad Pengenalan, No Passport, No Tentera, No Polis)
  2. Sila pilih jenis pengenalan , masukkan no kad pengenalan, dan hantar
  3. Sila pastikan frasa keselamatan, masukkan kata laluan yang betul, klik butang log masuk
  4. Makluman status berjaya akan dipaparkan jika pembayar cukai berjaya log masuk di halaman utama MyTax

Jika paparan menunjukkan anda tiada sijil digital, anda kena dapatkan dulu no pin baru dapat log masuk ke MyTax dengan sijil digital yang akan dihantar ke e-mel anda.

Cara Isi e-Filing LHDN Untuk Taksiran 2023

  1. Log masuk ke portal MyTax dan klik pada menu Perkhidmatan ezHasil, pilih e-Filing.
  1. Paparan akan menunjukkan e-BE Tahun Taksiran 2022, e-Permohonan Pindaan BE, e-Borang, e-Semakan Pengesahan dan e-Kemaskini Pelepasan 2023.
  1. Klik e-Borang untuk pilih borang e-Filing dan tahun taksiran yang betul untuk status anda. (e-Borang BE tahun takiran 2023 akan mula dibuka mulai 01/03/2024)

Individu Pemastautin

e-BE: Tiada Punca Pendapatan Perniagaan

e-B: Ada Punca Pendapatan Perniagaan

e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Bukan Warganegara Memegang Jawatan Utama atau Pekerja Berkepakaran (Program Kepulangan Pakar) yang telah diluluskan oleh Menteri – rujuk P.U (A) 344/2010 atau P.U.(A) 151/2012 di Portal Rasmi LHDN

Borang nyata bagi Individu Bukan Pemastautin

e-M: Borang nyata bagi Individu Bukan Pemastautin

e-MT: Pekerja Berpengetahuan adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Menteri – merujuk kepada P.U. (A) 344/2010 dalam Portal Rasmi LHDN

Bukan Individu

e-P: Borang Nyata Perkongsian

e-E: Borang Nyata Oleh Majikan

Maklumat pada borang e-Filing terbahagi:

  • Maklumat Individu
  • Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
  • Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
  • Rumusan

4. Sila isi semua maklumat yang diperlukan untuk memudahkan proses pengiraan cukai pendapatan anda dan pelepasan cukai anda.

5. Anda perlu sahkan borang cukai taksiran kemudian hantar kepada pihak LHDN secara online.

6. Jika anda sudah isikan borang, sila klik ‘Tandatangan & Hantar’. Apabila anda sudah klik, skrin Tandatangan akan dipaparkan. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisikan.

Senarai Pelepasan Cukai Individu Bagi Tahun Taksiran 2023 LHDN

  1. Pelepasan Cukai Individu
  • Individu dan saudara tanggungan : RM9,000
  • Individu kurang upaya : RM6,000
  • Suami atau isteri kurang upaya : RM5,000
  • Suami / ister / alimoni kepada bekas isteri : RM4,000
  • Yuran pengajian diri sendiri : RM7,000

  1. Pelepasan Cukai Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan
  • Pemasangan/sewaan/pembelian/kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kegunaan sendiri : RM2,500
  • Rawatan perubatan keperluan khas dan Penjagaan ibu bapa : RM8,000
  • Peralatan alat sokongan khas : RM6,000
  • Gaya hidup : RM2,500
  • Pembelian bahan bacaan
  • Pembelian komputer peribadi
  • Telefon pintar / internet
  • Pembelian peralatan sukan, bayaran keahlian gymnasium
  • Tambahan RM2,500 untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet
  • Tambahan gaya hidup RM500 berkaitan aktiviti sukan
  • Pembelian peralatan sukan
  • Sewaan / fi di mana-mana fasiliti sukan
  • Fi pendaftaran penyertaan pertandingan
  • Pembelian peralatan penyusuan : RM1,000
  • Pembayar cukai wanita sahaja
  • Anak berumur kurang 2 tahun sahaja
  • Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun
  • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius, rawatan kesuburan & pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) terhad RM8,000 (termasuk rawatan perubatan penuh, pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak, ujian pengesanan COVID19 dan vaksinasi yang dibenarkan terhad RM1,000)

  1. Pelepasan Cukai Anak
  • Anak bawah 18 tahun : RM2,000
  • Anak 18 tahun ke atas : RM2,000 (belum berkahwin / belajar sepenuh masa)
  • Anak 18 tahun ke atas : RM8,000 (belum berkahwin / belajar di IPT)
  • Yuran taman asuhan kanak-kanak / tadika berdaftar : RM3,000
  • Anak kurang upaya : RM6,000
  • Tambahan bagi anak kurang upaya RM8000 (belajar di IPT – Diploma / ke atas)

  1. Pelepasan Cukai Caruman / Sumbangan
  • Insurans Nyawa dan KWSP *individu penjawat awam dan berpencen RM7,000 atau
  • Selain penjawat awam *insuran nyawa / takaful RM3,000
  • KWSP / Skim yang diluluskan : RM4,000
  • PERKESO : RM350
  • Skim persaraan dan anuiti tertunda : RM3,000
  • Insuran perubatan dan pendidikan (individu / pasangan /anak) : RM3,000
  • SSPN (tabungan bersih) : RM8,000

Cara Pembayaran Cukai Pendapatan ByHasil 2024

  1. Bayaran FPX Menggunakan No. Pengenalan Cukai, atau
  2. Bayaran FPX Menggunakan Nombor Bil

Kedua-dua pembayaran cukai pendapatan ini boleh dilakukan melalui FPX, kad kredit, kad debit, kaunter pusat bayaran LHDN, bank, pejabat pos dan pindahan wang dari luar negara.  

Artikel ini disediakan oleh Pinjaman Koperasi – platform pinjaman bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Kami boleh bantu anda cari dan mohon pinjaman yang paling sesuai untuk anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.69% setahun dan Kelulusan secepat 2 hari bekerja.

Semak Kelayakan Percuma

Share

Digital marketer, and Bachelor's Mass Communication graduated from University. She loves to watch news, sharp eye for detail, and ability to work in a fast pace environment.

Tinggalkan Pesanan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teruskan Baca

7 Cara Untuk Gunakan Wang Pengeluaran KWSP Dengan Lebih Bijak

Kerajaan kini membenarkan pengeluaran KWSP khas kepada ahli yang berumur 55 tahun ke bawah sebanyak RM10,000

Iklan Benar Atau Palsu

Apa itu Iklan Palsu? Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Iklan adalah sebuah …

Risiko Penggunaan Wifi Percuma 

Wireless Fidelity ataupun dipanggil sebagai Wifi merupakan suatu piawai rangkaian setempat tanpa …

Pinjaman Koperasi