Soalan Lazim

Semua yang anda perlu tahu tentang pinjaman.

Pinjaman Bank & Koperasi untuk Penjawat Kerajaan

Cara mohon pinjaman

Proses permohonan pinjaman kami cepat dan mudah. Ia mengambil masa dalam tempoh 24 jam untuk ketahui kelayakan dan kadar yang ditawarkan. Kami akan meminta anda memberikan maklumat peribadi, termasuk pekerjaan, pendapatan bulanan, dan komitmen pinjaman semasa.

Anda hanya perlu memberi dokumen pengenalan dan dokumen pendapatan jika anda berminat dengan kadar yang ditawarkan dan ingin teruskan permohonan pinjaman.

Semak Kelayakan Sekarang

Apakah yang boleh dilakukan dengan pinjaman ini?

Anda boleh menggunakan wang pinjaman untuk yang berikut, selagi ia tidak menyalahi undang-undang. Contohnya:

  • Gabungkan hutang
  • Selesaikan bil kad kredit
  • Perbelanjaan perubatan atau hospital
  • Melanjutkan pelajaran
  • Pengubahsuaian rumah
  • Perkahwinan
  • Membuka atau meluaskan perniagaan
  • Membeli kereta
  • Melancong
Berapakah jumlah dan tempoh pinjaman?

Tempoh pinjaman fleksibel, di antara 1 hingga 10 tahun. Jumlah maksimum anda ditentukan oleh latar belakang, profil kredit, keadaan kewangan semasa, dan komitmen anda. Jumlah maksimum pinjaman anda ditentukan oleh latar belakang peribadi anda, profil kredit, keadaan kewangan semasa dan komitmen yang lain.

Apakah jumlah pinjaman minimum?

Jumlah pinjaman minimum ialah RM3,000.

Cara mengubah permohonan yang telah dihantar?

Anda tidak boleh mengedit permohonan anda setelah dihantar. Sila pastikan maklumat anda disahkan sebelum menyerahkan permohonan. Jika terdapat kesilapan pada permohonan anda dan ingin mengubah jumlah pinjaman, tempoh atau maklumat peribadi, sila e-mel [email protected], hubungi +603 9054 0707 atau klik kotak sembang di sebelah kanan bahagian bawah.

Adakah pembiayaan peribadi ini berkonsep Syariah?

Ya, pembiayaan yang disediakan di platform kami adalah berkonsep Syariah.

Kelayakan Peminjam

Siapa yang layak memohon?

Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:

  • Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 58 tahun
  • Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan di sektor awam
  • Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 termasuk elaun tetap
  • Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Apakah jenis dokumen pengenalan dan dokumen pendapatan yang perlu disertakan bersama permohonan pinjaman saya?

Anda mesti menyediakan dokumen-dokumen yang berikut untuk melengkapkan proses permohonan pinjaman rasmi.

  • Salinan kad pengenalan (yang disahkan dan berwarna)
  • Penyata gaji (payslip) yang disahkan untuk 3 bulan terkini
  • Surat pengesahan pekerjaan (dengan ada letter head majikan)
  • Salinan bil utiliti (dengan alamat terkini)
  • Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda (panduan download penyata bank)

Pengesahan dan Pelepasan Pinjaman

Berapa lama masa yang diambil sebelum pinjaman dimasukkan ke akaun bank saya?

Anda boleh menerima pinjaman dari 2 hari bekerja sehingga 2 minggu, ini bergantung dengan pakej pinjaman yang anda pilih.

Untuk pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, selepas menerima dokumen lengkap atau susulan diperlukan berikut penyerahan pertama, dan Yayasan berjaya menghubungi anda dan majikan anda dalam tempoh 24 jam untuk pengesahan, dan pengesahan itu berjaya, wang pinjaman boleh dimasukkan ke akaun bank anda sepantas 2 hari bekerja jika akaun anda ialah akaun Maybank. Dalam semua keadaan lain, ia akan mengambil masa lebih daripada 2 hari bekerja.

Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.

Saya menerima beberapa jenis elaun daripada majikan saya. Yang manakah dikira sebagai pendapatan?

Elaun berikut dikira sebagai pendapatan:

  • Imbuhan tetap perkhidmatan awam
  • Imbuhan tetap perumahan
  • Bantuan sara hidup
  • Elaun keraian
  • BI tugas kewangan
  • Tanggungjawab pendidikan
  • BI Mengajar kanak-kanak cacat

Yang berikut TIDAK dikira sebagai pendapatan:

  • Elaun lebih masa (OT)
  • Imbuhan tahunan
  • Elaun jahitan
  • Elaun warden
Adakah saya dibenarkan menggunakan pendapatan isi rumah atau suami/isteri saya?

Tidak. Sebab ini merupakan pinjaman peribadi, kami hanya mempertimbangkan pendapatan peribadi anda.

Kadar, Yuran dan Jumlah Wang Pinjaman

Adakah Pinjaman Koperasi akan menuntut sebarang yuran pendahuluan atau pemprosesan daripada peminjam?

Tidak. Kami tidak akan menuntut sebarang yuran pendahuluan atau yuran pemprosesan daripada peminjam bila-bila masa.

Apakah kadar untung pembiayaan saya?

Kadar untung anda ditentukan oleh Pemberi Perkhidmatan Kewangan berdasarkan profil kredit dan tingkah laku kewangan anda.

 

Kadar keuntungan untuk pembiayaan serendah 2.69%.

Kadar untung akhir akan dinyatakan dengan jelas untuk pertimbangan anda sebelum memutuskan untuk menerima pinjaman atau tidak.

Apakah jumlah pembiayaan yang saya akan terima?

Jumlah pembiayaan akhir yang anda akan terima ditentukan oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan berdasarkan profil kredit dan tingkah laku kewangan anda. Maklumat ini akan dinyatakan dengan jelas untuk pertimbangan anda sebelum memutuskan untuk teruskan memohon untuk pinjaman atau tidak.

Membayar Balik Pinjaman Anda

Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman?

Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Jabatan Akauntan Negara atau Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Bolehkah saya bayaran balik awal untuk pembiayaan peribadi saya?

Ya, anda boleh melakukan bayaran balik awal. Pembekal Perkhidmatan Kewangan, mengikut budi bicara boleh memberikan anda rebet untuk bayaran balik awal.

Keselamatan

Adakah maklumat peribadi saya selamat dengan Pinjaman Koperasi?

Maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat menurut Terma Penggunaan dan Notis Privasi kami. Semua maklumat pelanggan yang dikumpul oleh Pinjaman Koperasi adalah melalui pelayan yang selamat, menggunakan teknologi enkripsi dan dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan oleh beberapa prosedur keselamatan. Pinjaman Koperasi tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak tanpa kebenaran anda.

Pinjaman Koperasi