Iklan Benar Atau Palsu

Last updated 22 March 2024

Apa itu Iklan Palsu?

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Iklan adalah sebuah pemberitahuan kepada orang ramai melalui media cetak dan media massa dengan kata erti lain iklan adalah sebuah ucapan, tulisan, bunyian, lakaran atau sebuah gambar yang boleh diterbitkan. Iklan palsu adalah sebuah iklan yang mana ianya mengandungi maklumat yang tidak benar dalam bentuk perlakuan, pernyataan ataupun amalan yang boleh mempengaruhi atau mendorong seseorang pengguna melakukan kesalahan dalam membuat keputusan belian.

Cara Membezakan Iklan Palsu dan Benar

Majlis Keselamatan Negara telah mengenal pasti bahawa iklan palsu di aplikasi Facebook telah semakin berleluasa sehingga ramai pengguna dan pembeli terkesan dengan iklan ini. Melalui pemerhatian dan kajian yang dilakukan The Rakyat Post, telah dapat mengenal pasti ciri-ciri iklan palsu yang diterbitkan di media massa. Antaranya ialah, 

1. Tawaran promosi yang terlalu bagus

Ianya sering terjadi kepada iklan jualan barangan berjenama apabila mereka menawarkan promosi yang rendah atau tidak masuk akal dan ianya sudah pasti barang tiruan daripada kedai palsu.

2. Semak pautan yang diberikan

Sebelum menekan sebarang pautan link, haruslah menyemak dahulu alamat laman web yang mana mempunyai “https” dan bukannya “http”. Kebiasaannya, akaun profil berjenama atau syarikat akan mempunyai nama jenama atau syarikat tersebut di pautan link tersebut. Sebagai contoh, https://www.facebook.com/mpbtalk bagi laman web rasmi Media Prima Berhad. Manakala, halaman web yang palsu akan menunjukkan nombor.

3. Kesahihan akaun syarikat

Akaun sebuah syarikat rasmi di Facebook mempunyai tanda semak (/) berwarna biru di bahagian tepi nama tetapi terdapat juga akaun jenama yang tidak mempunyai tanda (/). Bagi memastikan kesahihan akaun tersebut, anda boleh melihat pada ruangan komen dan juga bilangan pengikut. Seandainya, bahagian komen hantaran dipenuhi dengan pautan spam dan review lima bintang, berkemungkinan besar akaun tersebut adalah palsu.

4. Meminta maklumat kad kredit terlebih dahulu

Sekiranya maklumat pembayaran yang muncul dahulu sebelum butiran peribadi, berkemungkinan besar mereka ingin mencuri maklumat pelanggan bagi mendapatkan akses kad kredit. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda dinasihatkan menggunakan kad kredit bagi melakukan pembayaran kerana melalui penggunaan kad kredit ianya mudah untuk anda mendapatkan wang semula apabila anda menjadi mangsa penipuan.

5. Kapsyen agak panjang dan tidak kemas

Kebanyakan kapsyen dalam hantaran palsu di Facebook akan dibuat dalam bentuk perenggan yang sangat panjang serta mempunyai pengulangan perkataan atau ayat. Pada masa yang sama, ruangan komen dipenuhi dengan review yang meragukan.

Statistik Iklan Palsu di Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan kandungan media sosial bagi melindungi pengguna daripada kandungan dan iklan yang memudaratkan di dalam talian. Menurut Komunikasi Korporat MCMC, statistik agensinya menyatakan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 24 kali ganda kandungan yang memudaratkan  di platform media sosial dan platform Over-The -Top (OTT) dan OTT ini juga merangkumi Meta dan Tik Tok.

Sumber Gambar: Berita Harian

Melalui carta yang dikongsikan oleh MCMC di Berita Harian, Dis 15, 2023 menunjukkan peningkatan dalam kandungan yang memudaratkan di platform media sosial dan OTT dimana terdapat peningkatan sebanyak 24 kali ganda daripada 1,019 pada tahun 2022 kepada 25,642 pada tahun 2023. Kandungan yang mencatatkan peningkatan pada tahun 2023 termasuk Pornografi, berita palsu, jelik, dan scam serta penjualan haram. Melalui ini juga, MCMC menyatakan bahawa Meta dan TikTok telah menyekat sebilangan besar hantaran di akaun serta media sosial di Malaysia dalam tempoh 6 bulan pertama.

Artikel ini disediakan oleh Pinjaman Koperasi – platform pinjaman bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Kami boleh bantu anda cari dan mohon pinjaman yang paling sesuai untuk anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.69% setahun dan Kelulusan secepat 2 hari bekerja.

Share

Digital marketer, and Bachelor's Mass Communication graduated from University. She loves to watch news, sharp eye for detail, and ability to work in a fast pace environment.

Tinggalkan Pesanan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teruskan Baca

Risiko Penggunaan Wifi Percuma 

Wireless Fidelity ataupun dipanggil sebagai Wifi merupakan suatu piawai rangkaian setempat tanpa …

7 Cara Untuk Gunakan Wang Pengeluaran KWSP Dengan Lebih Bijak

Kerajaan kini membenarkan pengeluaran KWSP khas kepada ahli yang berumur 55 tahun ke bawah sebanyak RM10,000

Iklan Benar Atau Palsu

Apa itu Iklan Palsu? Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Iklan adalah sebuah …