8 Trend Terkini Jenayah Komersil

Last updated 29 February 2024

Kes jenayah komersial menunjukkan trend peningkatan tahun ini berbanding tahun lepas.

Peningkatan kes jenayah komersial ini dipercayai akibat masalah ekonomi yang dihadapi sekarang. Orang ramai dinasihatkan berhati-hati sebelum melakukan sebarang pelaburan terutama yang menjanjikan pulangan terlalu lumayan.

Keldai Akaun

Sumber: Freepik
Sumber: Freepik

Individu yang menyerahkan kad ATM serta nombor pin kepada individu lain dan akaun bank tersebut digunakan bagi tujuan jenayah.

Bagaimana seseorang itu boleh menjadi keldai akaun?

Serah / Beri Pinjam

Pemilik akaun menyerahkan kad ATM dan nombor pin kepada rakan, kenalan dalam talian atau Ahlong untuk digunakan tanpa pemantauan pemilik akaun sendiri.

Jual / Sewa

Pemilik akaun menjual atau menyewa kad ATM dan nombor pin kepada pihak lain dan menerima bayaran.

Tawaran Kerja

Pemilik akaun ditawarkan pekerjaan untuk membuat transaksi wang dari akaun persendirian ke akaun pihak ketiga dan dibayar komisen.

Tahukah Anda?

Dalam tempoh kurang dari 5 minit, wang mangsa penipuan boleh dipindahkan ke dua peringkat (layer) akaun keldai dengan menggunakan perkhidmatan perbankan internet.

⚠️ Tip & Nasihat

Jangan serah maklumat perbankan anda kepada mana-mana pihak.

Macau Scam (Penyamaran Tipu Panggilan)

Sumber: Freepik

Suspek menghubungi mangsa dengan menyamaar sebagai penguatkuasa, institusi kewangan atau syarikat perkhidmatan.

  • Polis
  • Bank
  • TM
  • LHDN
  • SPRM
  • Syarikat Kurier
  • BigPay
  • Mahkamah
  • Kastam

Mangsa dikatakan terlibat dengan kes jenayah atau menpunyai tunggakan bayaran cukai, pinjaman bank.

Mangsa diugut akan ditangkap dan didakwa. Mangsa dilarang daripada memberitahu kepada sesiapa.

Suspek akan meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankan atau memindahkan wang ke akaun bank yang tidak dikenali bagi tujuan siasatan.

⚠️ Tip & Nasihat

1. Jangan Layan panggilan telefon yang tidak dikenali.
2. Semak dengan balai, bank atau agensi berkaitan untuk pengesahan.
3. Beritahu pasangan, rakan atau ahli keluarga tentang panggilan yang diterima.

Love Scam

Sumber gambar: Freepik

  1. Berkenalan
  • Mangsa berkenalan dengan suspek melalui media sosial.
  • Suspek akan menyamar sebagai juruterbang, peniaga, tentera atau jurutera oil & gas.
  • Suspek akan menggunakan kata-kata manis sehingga mangsa jatuh cinta.
  • Suspek kemudian memperdaya mangsa dengan alasan-alasan berikut:
    • Beri Hadiah
    • Pelaburan perniagaan
    • Wasiat
    • Bayaran bil hospital

2. Minta Bayaran

  • Mangsa kemudian dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai syarikat kurier, kastam atau penguam meminta bayaran dari mangsa bagi mendapatkan bungkusan / harta yang dijanjikan suspek.

⚠️ Tip & Nasihat

1. Jangan Layan individu yang tidak dikenali di media sosial.
2. Jangan Mudah Percaya kepada kenalan di media sosial.
3. Semak dengan pihak / agensi berkaitan sebelum membuat transaksi.
4. Jangan Percaya tawaran ‘too good to be true’.

Jenayah E-Dagang

Sumber gambar: Freepik

Mangsa Sebagai Pembeli

  • Mangsa melihat iklan jualan di media sosial.
  • Suspek menawarkan harga jauh lebih murah dari pasaran.
  • Mangsa diminta membuat bayaran segera ke akaun bank yang diberikan suspek.
  • Mangsa tidak menerima barang dan gagal menghubungi suspek.

Mangsa Sebagai Penjual

  • Suspek menghubungi mangsa dan berminat dengan barang jualan mangsa.
  • Suspek kononnya telah tersalah memasukkan amaun dan meminta mangsa memulangkan semula baki wang.
  • Suspek menunjukkan resit transaksi palsu.
  • Suspek turut mengugut akan membuat laporan polis jika mangsa enggan memulangkan wang baki.

⚠️ Tip & Nasihat

1. Berhati-hati dengan tawaran murah atau “too good to be true”.
2. Beli dari laman web yang DIPERCAYAI dan menpunyai ciri KESELAMATAN.
3. Semak ulasan dan maklum balas pembeli lain.
4. Semak akaun bank atau nombor telefon di laman SEMAKMULE sebelum membuat transaksi.
5.Jangan berurusan di luar platform atau “PM” tepi.

Phishing

Sumber gambar: Freepik

Kaedah mendapatkan maklumat peribadi seperti perbankan orang lain melalui laman web palsu yang menyerupai laman web asal.

  • Mangsa menerima SMS atau emel bersama pautan (link) ke laman web palsu bank / syarikat.
  • Scammer akan menggunakan helah seperti:
    • Mangsa perlu kemaskini akaun bank.
    • Mangsa perlu mengisi maklumat perbankan untuk tujuan siasatan.
    • Mangsa dikatakan memenangi hadiah atau mendapat bantuan kewangan.
    • Mangsa dikehendaki memuat turn aplikasi pembayaran bagi tujuan perkhidmatan pembelian barangan (Fail APK).
  • Mangsa kemudian memasukkan ID pengguna dan kata laluan pada laman web palsu. Tanpa mangsa sedari mangsa telah mendedahkan maklumat perbankan internet kepada scammer.

⚠️ Tip & Nasihat

1. Jangan tekan pautan (link) yang diterima dari nombor atau emel yang tidak dikenali.
2. Pastikan alamat laman web perbankan adalah betul. Bookmark alamat laman web perbankan pada brower internet.
3. Pastikan frasa / gambar keselamatan adalah betul sebelum memasukkan kata laluan.

Business Email Compromise

Sumber gambar: Freepik

⚠️ Tip & Nasihat

1. JANGAN TEKAN pautan di dalam emel yang diterima dari pihak tidak dikenali.
2. SEMAK alamat emel dengan teliti.
3. HUBUNGI rakan niaga melalui telefon untuk pengesahan pertukaran akaun.
4. Pastikan komputer di pejabat memasang dan mengemaskini ANTIVIRUS bagi mengelak serangan MALWARE.

Tipu Nombor TAC

Sumber gambar: Freepik

⚠️ Tip & Nasihat

1. JANGAN KONGSI nombor keselamatan bank / nombor TAC kepada mana-mana individu.
2. Abaikan SMS atau Whatsapp dari orang yang tidak dikenali.
3. HUBUNGI segera pihak bank untuk menyekat perbankan internet.

Tipu Pelaburan

Sumber gambar: Freepik
  • Mangsa melihat iklan pelaburan di media sosial (Facebook, Instagram, dll), melalui aplikasi chat (whatsapp, telegram, wechat dll) atau melalui kenalan.
  • Mangsa ditawarkan pelaburan yang:
    • Keuntungan besar dan berganda
    • Tiada risiko dan tidak akan rugi
  • Mangsa akan menerima keuntungan pada 24 jam hingga 6 bulan pertama.
  • Menggunakan nama brokersw pelaburan yang sah atau berdaftar luar negara.
  • Mangsa diminta membuat bayaran ke akaun atas nama individu atau syarikat yg tiada kaitan dengan pelaburan yg dilaburkan.
  • Mangsas kemudian gagal mendapatkan keuntungan yang dijanjikan dan wang kapital yang dilaburkan.
  • Suspek gagal dihubungi.

⚠️ Tip & Nasihat

1. Melabur di platform yang betul dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
2. Dapatkan nasihat kewangan dari ejen yang berdaftar.
3. Jangan percaya pada pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa yang singkat.
4. Jangan masukkan wang ke akaun bank yang tiada kaitan dengan pelaburan yang dibuat.
Semak senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Artikel ini disediakan oleh Pinjaman Koperasi – platform pinjaman bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Kami boleh bantu anda cari dan mohon pinjaman yang paling sesuai untuk anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.69% setahun dan Kelulusan secepat 2 hari bekerja.

Share

Digital marketer, and Bachelor's Mass Communication graduated from University. She loves to watch news, sharp eye for detail, and ability to work in a fast pace environment.

Tinggalkan Pesanan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teruskan Baca

Iklan Benar Atau Palsu

Apa itu Iklan Palsu? Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Iklan adalah sebuah …

Risiko Penggunaan Wifi Percuma 

Wireless Fidelity ataupun dipanggil sebagai Wifi merupakan suatu piawai rangkaian setempat tanpa …

8 Trend Terkini Jenayah Komersil

Kes jenayah komersial menunjukkan trend peningkatan tahun ini berbanding tahun lepas. Peningkatan …

Pinjaman Koperasi