7 Cara Untuk Gunakan Wang Pengeluaran KWSP

Last updated 17 January 2024

Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Akaun 3 bermula April 2024. Akaun 3 ini akan berfungsi sebagai akaun simpanan ketika kecemasan yang membolehkan pencarum untuk mengeluarkan sejumlah wang ketika saat penting seperti semasa musim pandemik, namun perinciannya akan diumumkan selepas pengumuman dividen KWSP pada Februari depan.

1. Bayar hutang

Sumber Gambar: Freepik

Cuba gunakan duit KWSP untuk melangsaikan hutang terutama hutang kad kredit yang mempunyai kadar faedah setinggi 18%. Atau anda boleh cuba settlekan tunggakan motor atau kereta, sebab faedah semakin tinggi seandainya hutang lambat dibayar, dan akan mengakibatkan kredit score rekod kurang cantik.

2. Sediakan Tabung kecemasan

Pakar kewangan mengesyorkan kita harus mempunyai tabung kecemasan yang dapat menampung perbelanjaan sara hidup anda untuk sekurang-kurangnya 3-6 bulan, untuk menghadapi sebarang kecemasan seperti kehilangan pekerjaan, masalah perubatan, pembaikian rumah atau kereta yang tinggi, dan lain-lain. Anda boleh menyimpan 20% dari pendapatan bersih kita untuk masa depan.

3. Beli barang keperluan pendidikan

Sumber Gambar: Freepik

Duit KWSP boleh digunakan untuk membeli barang keperluan pendidikan seperti Ipad atau laptop untuk memudahkan anak-anak belajar di rumah.

4. Ambil kursus bidang yang sukai

Sumber Gambar: Freepik

Kemahiran yang diperoleh itu boleh membantu pencarum memulakan langkah untuk menjana pendapatan sampingan. Banyak agensi kerajaan ada pelbagai kursus jangka pendek dengan yuran yang berpatutan.

5. Modal berniaga

Sumber Gambar: Freepik

Jika anda mempunyai perniagaan sendiri atau ingin memulakan perniagaan, anda boleh menggunakan wang KWSP sebagai modal perniagaan. Namun, pastikan anda mempertimbangkan risiko yang terlibat.

Kalau keluarkan RM10,000, jangan habiskan semua sebagai modal. Paling tinggi boleh gunakan sebanyak RM5,000 dan selebihnya simpan untuk kegunaan lain.

6. Simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Sumber Gambar: Bernama

ASB memiliki ciri pelaburan yang berisiko rendah dan mempunyai tahap kecairan yang tinggi iaitu membolehkan pencarum mengeluarkan semula wang ketika diperlukan. Setiap tahun ASB akan memberikan pulangan kompetitif untuk simpanan dan membantu meningkatkan wang simpanan anda.

7. Beli emas

Sumber Gambar: Gold Shop Johor

Kita juga boleh beli emas semasa harga emas turun untuk dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang.Jika anda ingin membeli emas, baca artikel berkaitan untuk ketahui formula mudah kira upah untuk ‘nego’ harga murah.

Artikel ini disediakan oleh Pinjaman Koperasi – platform pinjaman bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Kami boleh bantu anda cari dan mohon pinjaman yang paling sesuai untuk anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.69% setahun dan Kelulusan secepat 2 hari bekerja.

Semak Kelayakan Percuma

Share

Digital marketer, and Bachelor's Mass Communication graduated from University. She loves to watch news, sharp eye for detail, and ability to work in a fast pace environment.

Tinggalkan Pesanan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

8 responses

  1. Macamana cara keluarkan kwsp untuk bayar hutang samara hutang kredit kad atau hutang bank melalui pengeluaran kwsp.

  2. Jika memohon kwsp undee menyelesaikan hutang atau membina rumah, adkh duit kwsp akan masuk ke dlm akaun bank sendiri atau masuk akaun bank pinjaman rumah ?

  3. Jika memohon KWSP untuk bayar hutang rumah, duit akan dibayar terus ke akaun pinjaman rumah (bukan ke akaun sendiri). Jika membina rumah tanpa pinjaman, duit KWSP boleh dimasukkan ke akaun sendiri secara berperingkat, bergantung kepada tahap siap pembinaan dan dokumen yang lengkap. Untuk maklumat lanjut dan tepat, anda boleh layari laman web rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my atau terus ke kaunter KWSP berhampiran. 😊

  4. assalamualaikum ,

    saya ada tunggakan nak kena settle ,
    berkait dengan bank ,

    boleh ke saya guna duit dari account 1 (ada dalam rm60k) untuk lunasi hutang dan tunggakan tersebut ?

    serius saya memang tertekan sangat dah , xboleh nak rolling dengan pekerjaan sekarang ..

    account 2 saya buat byr penolakan untuk rumah ..

    tolong bantu saya , sungguh saya stuck sangat ..

    1. Waalaikumsalam, terima kasih kerana berkongsi. Kami faham situasi yang sedang anda hadapi dan semoga dipermudahkan urusan 🤲

      Untuk makluman, Akaun 1 KWSP tidak boleh dikeluarkan untuk melunaskan hutang atau tunggakan bank. Pengeluaran Akaun 1 hanya dibenarkan dalam keadaan tertentu seperti persaraan, hilang upaya, atau sebab khas yang diluluskan KWSP.

      Memandangkan Akaun 2 telah digunakan untuk rumah, anda boleh pertimbangkan rundingan semula dengan bank atau pilihan pembiayaan lain yang bersesuaian, tertakluk kepada kelayakan.

      Jika perlukan panduan lanjut, sila hubungi kami melalui borang di laman web ini. Semoga dipermudahkan 🙏

    1. KWSP tidak menyediakan pinjaman untuk perniagaan. Namun, jika layak, pengeluaran tertentu KWSP boleh digunakan sebagai modal perniagaan, tertakluk kepada syarat.

      Sebagai alternatif, pembiayaan bank atau koperasi boleh dipertimbangkan.
      Jika anda penjawat awam, boleh hubungi Muhibbah Alliance untuk semakan lanjut:

      https://pinjamankop.com.my/hubungi-kami/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teruskan Baca

Apa Penjawat Awam Perlu Tahu

Tahun 2025 membawa banyak perubahan dalam dunia kewangan, terutamanya untuk sektor pinjaman koperasi di Malaysia. Sebagai penjawat awam, memahami trend

Isi e-Filing LHDN My Tax 2023

Adakah Anda Perlu Bayar Cukai Pendapatan? Setiap bulan pastinya anda akan menerima slip gaji sekiranya sudah bekerja. Jika gaji bulanan

Sekiranya nombor TIDAK DISAHKAN!

Nombor ini tidak berdaftar sebagai pegawai Muhibbah Alliance. Sila berhati-hati dan hubungi saluran rasmi kami untuk pengesahan lanjut.

Sekiranya nombor DISAHKAN!

Nama:
Telefon:
Status:

  • Pegawai ini merupakan wakil sah Muhibbah Alliance.
  • Pegawai akan menghubungi atau WhatsApp anda bagi tujuan semakan.
  • Sebarang pertanyaan boleh dirujuk terus kepada pegawai ini.
Oh.. no

Untuk makluman, pinjaman peribadi I-Syariah ini khas untuk Anggota Kerajaan sahaja. 😊

Semak Kelayakan

Sila pilih kategori anda: